SK KAMPONG KOTA

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

WARGA SK KAMPONG KOTA

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, May 31, 2016

LOGO SEKOLAH









Tuesday, May 10, 2016

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG KOTA, BERUAS, PERAK


Sekolah Kebangsaan Kampong Kota, Beruas ini mula dibina oleh orang-orang kampung di atas sebidang tanah kepunyaan Tuan Hj. Din pada 1 Julai 1919 dengan bayaran sewa sebanyak RM6.00 sebulan. Guru Besar yang pertama ialah En. Abdul Rashid B. Chek. Bilangan murid pada masa itu hanyalah seramai 35 orang murid Tahun 6.

Pada tahun 1929 iaitu sepuluh tahun kemudiaanya, sekolah ini mempunyai seramai 58 orang murid dan bilangan murid sekolah ini telah bertambah kepada 100 orang dan begitu juga dengan bilangan guru-gurunya telah bertambah menjadi 4 orang (seorang Guru Besar, dua orang Guru Penolong dan seorang guru agama).

Pada akhir tahun 1956, sebuah bangunan baru dan sebuah rumah guru untuk sekolah ini telah dibina. Bangunan sekolah yang baru ini mempunyai 4 buah bilik darjah. Bangunan baru dan rumah guru ini telah siap dibina pada bulan Februari 1957. Apabila bangunan ini siap dibina, murid-murid telah berpindah menggunakan bangunan tersebut untuk belajarpada 20 Februari 1957. Bangunan baru ini juga telah dirasmikan pembukaannya olehTuan Pegawai Pendidikan Daerah Manjung pada 11 Disember 1957. Pada tahun itu juga sekolah telah mengadakan sukan tahunannya buat kali pertama sejak penubuhan sekolah tersebut.

Pada tahun 1958 bilangan murid-murid yang belajar di sekolah ini telah bertambah dan meningkat menjadi 144 orang. Kebenaran telah diberikan untuk mengadakan kelas darjah 6 dengan bilangan murid seramai 19 orang. Seorang tenaga pengajar telah diberi tugas bagi mengajar kelas tersebut. Dalam bulan  Oktober 1958, Pasukan Pengakap Muda telah ditubuhkan dengan seramai 12 orang ahli.

Daripada 6 kelas yang telah dibuka dalam tahun 1958, terpaksa ditutup dalam tahun 1959 kerana kekurangan murid yang hanya tinggal 9 orang sahaja. Murid-murid ini telah diarah belajar ke Sekolah Melayu Beruas. Sehingga tahun 1965 bilangan murid-murid sekolah ini telah bertambah seramai 200 orang dan bilangan kakitangan bertambah menjadi 10 orang termasuk seorang guru agama, seorang tukang kebun dan seorang kerani sambilan. Kelas tahun 6 telah dibuka semula & sekolah terpaksa dibuat dalam 2 sesi disebabkan kekurangan bilik-bilik darjah untuk menampung bilangan murid yang ramai.